Ads Nufnang

Thursday, March 7, 2013

Bergelap Untuk Earth Hour 2013


Bulan Mac sangat teruja buat BBL kerana kempen Earth Hour kembali untuk tahun 2013,
rasanya tak perlu BBL buka wikipedia untuk terangkan apa itu Earth Hour.

Semua orang tahu Earth Hour adalah kempen bergelap selama 1 jam
pada bulan Mac setiap tahun.
Tahun ini pihak WWF tampil dengan slogan "I Will If You Will" 
untuk menarik lebih ramai orang ramai, organisasi & negara
menyertai kempen kesedaran ini.

Jom bersama BBL menyokong Earth Hour 2013 pada :-

Tarikh : 23 Mac 2013
Masa : 8.30 - 9.30 malam
Tempat : paling penting rumah sendiri tutup lampu atau 
 kat mana ada suis lampu, tolong tutup lampu 
(jangan tutup lampu jalan sudah)

Kalau tahun lepas BBL hanya bergelap di luar rumah 
dengan dekorasi lilin cawan macam malam 7 likur
tapi tahun ini akan lebih meriah sebab BBL dah beli awal-awal lagi
tanglung bulat warna-warni kat Ikea untuk Earth Hour 2013.

video rasmi Earth Hour 2013


ini video Earth Hour 2012 di Kuala Lumpur



Kota London



"I Will If You Will"

Tunjukkan sokongan anda!

facebook earth hour : facebook.com/earthhour
web site :earthhour.org.my


BBL~ sesekali bergelap..
[=.=]


suka entri ini? jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan di...

Share/Bookmark

Saturday, February 16, 2013

Konsert Anuar Zain 3 Dekad : Muzik, Cinta & Sanubari

Semalam telah berlangsungnya konsert Anuar Zain 3 Dekad 
di Stadium Melawati, Shah Alam. Walupun hujan di sebelah petang bukan penghalang
untuk lebih 6 ribu peminat setia untuk datang awal ke stadium.
Anuar Zain menyanyikan lagu I'm The Lucky One sebagai pembuka tirai pada jam 9 malam
di iringi 26 pemuzik bersama 4 penyanyi latar. 
Seterusnya, lagu Bila Resah menjadi lagu ke 2 di turuti lagu rancak, 
Selamat Pagi Sang Suria dengan paparan visual berwarna-warni & 
limpahan cahaya lampu menaikan mood penonton setia untuk 
terus menanti kejutan dari Anuar Zain.

Konsert terus hangat dengan dendangan lagu popular
 Jangan Bersedih LagiAjari Aku bersama nyanyian dari peminat.
Seperti mana klip video Ajari Aku, Nora Danish turut muncul
bagi menaikkan seri lagu ini.
Sebelum beralih ke set 2, Anuar secara rasminya menayangkan 
video klip terbaru, Sempurnakan Aku di hadapan penonton.
Di set ke 2, Anuar muncul dengan sut rona velvet sambil menawan hati
penonton dengan lagu Keabadian Cinta & Kau Bunga Cintaku.

Selain itu, lagu yang turut didendangkan termasuklah Perpisahan, Ku Hanya Milikmu &
Ketulusan Hati. Konsert ini semakin romantik apabila Anuar melemparkan 
kuntum-kuntum bunga ros merah kepada peminat.
Paling menarik perhatian stadium sewaktu Anuar menyanyikan lagu 
Cinta Tidak Harus Memiliki dengan menampilkan 3 artis jemputan wanita,
 Adibah Noor, Dina Nadzir & Elvira sebagai penyanyi iringan.

Di set ke 3, Anuar bangkit dengan lagu Secuci Cintamu dengan gubahan baru.
Turut di alungkan lagu Bidadari, Semua Untukmu, lagu kanak-kanak Kain Pelikat
Teman Terulung & Lelaki Ini. Sebagai penutup konsert 2 jam itu
dengan lagu teman Hikayat Merong Mahawangsa, Sedetik Lebih.

Ternyata walaupun konsert ini terbahagi kepada 3 segmen lengkap dengan aspek
susunan lagu, vokal, rekaan pentas & penataan cahaya masih belum cukup memuaskan
hati peminat setia Anuar Zain yang telah lama menanti konsert dari beliau.
Rata-rata komen dari Instagramer yang menonton konsert ini
mengakui terpukau dengan konsert Anuar &
 setaraf dengan konsert antarabangsa lain.

Snap-snap oleh peminat semasa konsert berlangsung.












# kredit kepada Instagram

Apa-apa pun ucapan syabas BBL untuk Anuar Zain kena telah berada selama 
3 dekad di dalam industri seni Malaysia.

BBL akan cuba dapatkan video konsert Anuar Zain 3 Dekad :Muzik, Cinta & Sanubari.

BBL ~ lelaki ini....
[^.^]~~~


suka entri ini? jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan di..

Share/Bookmark